Rabu, 27 Mac 2013

Tapai

Salam?
Anda semua pernah makan tapai tak? Ok, hari ni aku nak cakap tentang tapai. Tapai sebenarnya makanan tradisional orang Kedah yang terkenal. Tapai diperbuat oleh pulut usang yang telah ditanak. Kemudian dimasukkan ragi. Seterusnya tapai akan dibungkus atau dibalut dengan daun pisang dan disimpan beberapa hari sebelum ianya enak dimakan. Setelah beberapa hari rasa tapai yang dikombinasikan dengan ragi tersebut akan menghasilkan rasa yang manis. Tapai sememangnya sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut. Rasa tapai lebih enak jika dimakan semasa tapai tersebut sejuk. ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan