Salam?
Anda semua pernah makan tapai tak? Ok, hari ni aku nak cakap tentang tapai. Tapai sebenarnya makanan tradisional orang Kedah yang terkenal. Tapai diperbuat oleh pulut usang yang telah ditanak. Kemudian dimasukkan ragi. Seterusnya tapai akan dibungkus atau dibalut dengan daun pisang dan disimpan beberapa hari sebelum ianya enak dimakan. Setelah beberapa hari rasa tapai yang dikombinasikan dengan ragi tersebut akan menghasilkan rasa yang manis. Tapai sememangnya sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut. Rasa tapai lebih enak jika dimakan semasa tapai tersebut sejuk. ^_^
Rabu, 27 Mac 2013
Tapai
Label:
makanan di kedah,
pulut,
pulut usang,
ragi,
tapai
Ahad, 3 Mac 2013
Mentarang
Salam?
Korang pernah makan mentarang tak? Mesti ada yang pernah dan yang tak pernah kan? Kebetulan hari ini Alang beli mentarang sebab tu lah saya tulis pasal mentarang ni.
Mentarang adalah sejenis hidupan laut yang boleh ditemui di pesisir pantai yang berlumpur. Ia berkulit macam siput jugak. Terdapat ekor/lidah yang panjang pada badan mentarang ni. Macam sarung.
Biasanya mentarang digoreng dengan bawang dan cili sahaja agar ia lebih enak. Rasa mentarang sebenarnya sangat sedap. Nak tahu sedap ke tak korang kenalah rasa sendiri...
Kat bawah ni disertakan gambar 'encik dan puan mentarang' :)

Langgan:
Catatan (Atom)