Petang tadi p pantai dgn Didi & adik dia, Rahimi. Masih xdak keja kami 2 orang ni.. Apalah nasib.. =,=
Isnin, 28 Januari 2013
PDRM, ALLAH S.W.T & MUHAMMAD S.A.W
Asalamuailaikum w.b.t..
Harinie baru aku perasan yang lambang PDRM(Polis DiRaja Malaysia) tu ada tertera kalimah Allah swt & Muhammad saw.. :)
Cantik dan menarik je lambang tu aku tengok. Kebetulan hrnie bro aku, abg Mat bru blik kampung n bwak kereta waja polis. Tengok pic kat bawah...
Sabtu, 26 Januari 2013
Isnin, 21 Januari 2013
Ikan Pekasam
Anda suka makan ikan pekasam goreng? Kebiasaanya ikan pekasam ini diperbuat daripada ikan air tawar iaitu ikan puyu dan haruan. Keenakkan ikan pekasam memang sudah terkenal sejak dahulu lagi. Ianya sangat terkenal di negeri-negeri utara semenanjung Malaysia. Ikan pekasam ini akan disimpan atau diperam untuk satu tempoh masa sebelum ianya boleh dimakan. Ianya sangat enak di goreng garing dan di makan bersama nasi. Jom cuba buat ikan pekasam!
Resepi Ikan Pekasam
Bahan:
Beras yang telah digoreng garing dan dikisar.
Ikan puyu/haruan yang disiang.
Garam.
Gula.
Cara membuat:
1. Gaulkan ikan yang telah disiangkan kedalam beras goreng yang telah dikisar.
2. Masukkan secubit garam dan gula.
3. Gaul sebati semua bahan dan masukkan ke dalam bekas.
4. Tutup bekas dengan rapat dan simpan di dalam peti sejuk selama seminggu atau dua minggu sebelum boleh digoreng dan dihidangkan.
5. Selamat mencuba!
#penggunaan beras bergantung pada saiz dan berat ikan digunakan.